بسم الله الرحمن الرحيم
Subhanallah!Alhamdulillah!Allahuakhbar!Tujuh lautan sekalipun x mampu menjadi tinta untuk menulis pujian yang selayaknya bagi Allah SWT.Dialah sumber kekuatanku,sumber pergantunganku,sumber rezeki,sumber kecintaanku dan sumber perundangan.Hidup dan matiku hanya ku sabdarkan hanyalah kepadaMu Ya Allah.Selawat dan salam buat Rasulullah SAW ,para sahabat Baginda dan pewaris perjuangan Rasulullah sepanjang zaman.Terimalah lembaran tinta daripada ana sedikit sebanyak dapat kita kongsi bersama.Imam ghazali barkata"Kecintaan kepada Allah melingkupi hati,
kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal".Alhamdulillah ana ingin memberitahu sedikit sebanyak tentang diri ana.Ana dilahirkan dari keluarga yang senang...Alhamdulillah bukan untuk berbangga tetapi bersyukur Allah mengurniakan rezeki dan nikmat yang banyak.Dilahirkan pada 14 Febuari 1992.Anak yang ke-2 dari 3 orang adik beradik.Yang pertama kakak ana,Alhamdulillah sudah pun tamat belajar dalam bidang Medic dan sekarang bekerja di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur dan yang bongsu pula adik lelaki ana sekarang belajar di UNITEN dalam bidang Multimedia.Alhamdulillah ku panjatkan syukurku pada Mu Ya Allah.Ana pula baru sahaja tamat belajar di Darul Quran pada tahun lepas dalam bidang Persijilan dan sekarang berada di Tahun 2 menyambung dalam bidang diploma Usuluddin dan Falsafah dan InsyaAllah pada tahun depan akan menyambung peringkat ijazah di Mesir dalam bidang Usuluddin dan Falsafah juga.Doakan ye moga dipermudahkan...Perinsip ana hanyalah satu dimana bumi dipijak disitu Al-Quran di junjung!.
Khalifah ‘Umar
Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.
BalasPadamImam An Nawawi